image1 image2 image3

HELLO I'M MISS AM|WELCOME TO NIKKI?

5 kebaikan Teh Hijau

Assalamualaikum...Hello...Konnichiwa...

Terdapat pelbagai jenis teh yang telah wujud, dan kebiasaannya ramai yang menggunakan "black tea" untuk hidangan di rumah masing-masing. contoh black tea di Malaysia ialah Tea BOH, Lipton dan sebagainya. Malahan di rumah Miss Am sendiri pun masih lagi menggunakan "black tea (BOH)". 

Untuk entry kali ini, Miss AM nak kongsikan 5 kebaikan teh. Bukan black tea tetapi Teh Hijau (green tea). Teh hijau merupakan antara teh yang mempunyai banyak khasiat. Kebiasaannya, teh hijau akan dihidangkan tanpa gula. Tawar? tapi sedap tau. Tea hijau kurang sesuai dibancuh dengan gula sebab rasa manis gula akan menenggelamkan rasa teh hijau tu. (rasa macam air kosong campur gula.haha). Untuk yang tak suka tawar..jangan bimbang..jangan segan, untuk letak madu dalam air teh hijau tu. seriously lagi sedap..


Antara kebaikan Teh Hijau: 
  1. Mengurangkan Berat Badan - Teh hijau dapat meningkatkan metabolisma badan. Peningkatan metabolisma dalam badan dapat membantu mempercepatkan pemprosesan lemak dalam badan dengan lebih kerap. Teh Hijau mengandungi Polifenol yang berfungsi untuk meningkatkan oksidasi dan menigkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.
  2. Menghilangkan Nafas Berbau - Teh Hijau berkebolehan dalam menyekat petumbuhan bakteria dan kuman di dalam mulut. Oleh itu, bagi sesiapa yang mempunyai masalah nafas berbau boleh mengamalkan kaedah ini. bancuh 2 sudu besar teh hijau dengan secawan air. Gunakan campuran tadi untuk dijadikan bahan kumur. 
  3. Untuk Kulit yang sihat - Teh hijau mengandungi sumber antioksida yang tinggi. Antioksida sangat bagus untuk kulit. Dengan itu, kulit akan menjadi lebih sihat dan semakin menyerlah. Teh hijau juga dapat melawan pancaran UV. 
  4.  Menghalang Kanser Kulit - Polifenol yang terdapat dalam teh hijau dapat menghalang pertumbuhan 2 jenis protien  iaitu Faktor Pertumbuhan Vaskular Endothelial dan Faktor Pertumbuhan hepatosit. Protien-protien tersebut berfungsi dalam menggalakkan pertumbuhan sel tumor. 
  5. Menghilangkan stress dan kemurungan - teh hijau dapat membantu dalam menghalang kemurungan dan stress. satu penyelidikan telah dibuat oleh Amarican Botanical Council telah dibuat dan menyatakan bahawa semakin banyak minum teh hijau, semakin berkurang kadar kemurungan seseorang. Hal ini disebabkan, teh hijau dapat membantu dalam merangsang kesihatan otak manusia. 
p/s: So lepas ni jangan segan-segan nak amalkan minum air Teh Hijau ni...

***************************
Much LOVE!!!
Follow me btw :)
Share this to your friends
Thank You!!
***************************

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment